Tuesday, December 9, 2014

Ilmu Pengurusan Emosi Kewangan


Hukum Melengahkan


Melengahkan atau procrastination memang tidak baik, tetapi ianya boleh diamalkan di dalam pengurusan emosi kewangan.


Jika ingin membeli sesuatu, sebagai contoh ingin membeli Iphone 5S baru. Lengahkan pembelian sekurang-kurangya 72 jam sejak dari mula niat ingin membeli serta jika masih tidak dapat dikawal dan telah pergi ke kedai untuk melihat, lengahkan lagi 72 jam.


Di dalam tempoh 'bertenang' ini, fikir kembali rasional pembelian. Sama ada ianya benar-benar perlu atau kehendak semata-mata. Semak sama ada bajet mencukupi atau perlu menggunakan kad kredit.


Di dalam tempoh ini, jangan sesekali menambah 'booster' dengan melayari internet ataupun membaca mengenai Iphone 5S. Ini akan menyebabkan minda akan memberi justifikasi palsu bahawa ianya adalah pembelian yang perlu.


Jika setelah tempoh bertenang dan perkiraan yang sewajar dan sedalam-dalamnya telah dibuat, teruskan pembelian.

 ------------------------------------


Tuan/puan perlu juga menetapkan kriteria hukum melengahkan ini.
Sebagai contoh:


1. Pembelian bawah RM100, tidak perlu hukum melengahkan.
2. Pembelian antara RM100 - RM500, lengahkan 48 jam.
3. Pembelian antara RM500 - RM1000, lengahkan 72 jam & rujuk accountability partner.
4. Pembelian melebihi RM1000, lengahkan 3 bulan & rujuk accountability partner.
5. Pembelian melebihi RM 5000, lengahkan 6 bulan & rujuk accountability partner.


Ianya terkecuali untuk pembelian item keperluan hidup, kecemasan, ilmu dan pembelian aset.
Cara ini dapat mengelakkan daripada terjebak di dalam impulse purchase dan pertimbangan yang sewajarnya dapat dibuat.


Sumber : Tuan Azri

No comments:

Post a Comment