Saturday, January 3, 2015

2015 Tahun Gawat

Ramai yang mengatakan tahun ini kita bakal dilanda kegawatan ekonomi. Sebelum itu, cuba check ekonomi kita sendiri. Adakah dah gawat atau belum. Kalau semua kriteria dibawah dipenuhi atau ada sebahagian, maka eloklah kita persiapkan diri untuk mengatasi kegawatan mikro sebelum nak fokus kepada kegawatan makro. Jom ...

1. Masalah dalam perhubungan suami isteri kerana asyik dok bergaduh pasal duit tak cukup.
2. Terpaksa buat hutang baru untuk selesaikan masalah lain. Pendek kata gali lubang tutup lubang.
3. CCRIS tak cun. CCRIS ni boleh dapat kat bank negara Malaysia. Cer tengok ada tak nombor 1, 2, 3 atau sebagainya selain dari 0. Kalau ada, maknanya rekod kredit kita tak cun.
4. Bil-bil liabiliti atau instalments sudah tidak dibayar secara konsisten atau ikut date yang sepatutnya.
5. Kredit kad dah 3 bulan tak dibayar. Kalau dulu boleh bayar sepenuhnya apa yang digunakan atau at least 10% dari baki. Tapi sekarang nak bayar minimum payment 5% pun terbabas.
6. Tak dapat nak saving secara konsisten. Kalau boleh simpan pun, hampir setiap bulan dipow balik.
7. Tak tahu kemana duit dibelanjakan. Tau-tau dah habis. Gaji lagi 2 minggu. Poning kepalo nih.
8. Dah tak boleh tidur. Kena makan ubat tidur sebab terlalu fikirkan macam mana nak selesaikan masalah duit.
9. Dah tak boleh bayar kereta. Terpaksa call KLezcar.com untuk selesaikan masalah. Nasib baik deme ni ada. Kalau tak ada?
10. Sambung sendiri... 

No comments:

Post a Comment