Thursday, February 21, 2013

Mari belajar jenis- jenis hartanah di Malaysia

Assalamualaikum dan salam tengah malam Jumaat...

Di keheningan malam Jumaat ini, saya nak share jenis- jenis rumah yang ada di Malaysia. Saya tahu, memang anda semua tahu jenis- jenis rumah ni, cuma ada segelintir yang kurang ada info. Sebab masih ada yang yang bertanya saya soalan- soalan seperti.."town house tu macam mana bang..?", "apartment dan condo tak sama ke..?", "bang, service apartment tu apa..?" dan berbagai- bagai bentuk soalanlagi. 

Jadi, dikesempatan ini saya mengajak anda tengok satu- satu jenis hartanah yang ada dekat 1 Malaysia. 

Jom... 

A. RESIDENTIAL 

Condominium- bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama (selalu dikaitkan dengan kos mewah).

Apartment- rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana)

Flat- sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah)

Semi detached- rumah teres disambungkan di salah satu bahagian

Penthouse-  Apartment, condominium atau yang seumpamanya letaknya di tingkat paling atas. Biasanya di kaitkan dengan kemewahan. 

Link house atau dikenali sebagai teres atau rumah baris

Town house-  "rumah bandar”,  biasanya untuk warga kota yang memerlukan privasi tetapi mementingkan keselesaan. Rumah jenis townhouse ini kelihatan seperti rumah teres biasa, tetapi kedua-dua tingkat atas dan bawah mempunyai pemilik yang berbeza

Bungalow- di Malaysia biasanya sebuah rumah yang agak besar, dan mempunyai halaman. 

Duplex- Kalau di Malaysia, it either Duplex apartment atau pun Duplex condominium yang bertingkat


B. COMMERCIAL

Shop- ni biasalah semua orang tauuuu

Service suite - Biasanya terletak dibandar- bandar besar dan mempunyai pelbagai fasiliti seperti shopping mall dan sebagainya

Offices- Biasalah... ofis contohnya macam gambar kat atas tu di Phileo Damansara

Service apartment/ Condominium- terletak di tanah commercial dan ada monthly fee tertentu contohnya maintenance fee.

Retail- lot- Macam kat shopping Mall tu

C. INDUSTRIAL 

Warehouse- tempat simpan stok barang

Factory- Kilang law

D. BUILDING 

Building tu maknanya bangunan ye murid- murid... Macam KLCC tu lah 

E. LAND 

Commercial area- Pusat perdagangan

Residential area- Kawasan perumahan

Agricultural area- Kawasan pertanian

Industrial area- Kawasan perindustrian

Development area- Kawasan yang membangun. Contoh terdekat tu kat Johor, Bandar Iskandar

Baiklah dah faham semua jenis- jenis hartanah di Malaysia...? Dah faham baguslah, besok boleh dapat A+ dalam exam hartanah. Saya pun dah mengantuk, nak tidur dulu... Bersambung kita di episod lain mengenai info hartanah. Sekian, wasalam....

2 comments: