Tuesday, December 9, 2014

Penjelasan Pinjaman Rumah KLIBOR

Apabila sebut tentang pinjaman rumah, kebanyakan orang hanya tahu pinjaman rumah yang disandarkan dengan BLR dan BFR/IFR (Pinjaman Rumah Jenis Islam). Namun, terdapat beberapa jenis pilihan pinjaman rumah yang lain. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan anda salah satu pilihan alternatif ini – Pinjaman Rumah KLIBOR.

Apakah KLIBOR?

Kuala Lumpur Interbank Offer Rate (KLIBOR) telah diperkenalkan pada Jun 1987 sebagai penunjuk rasmi  untuk pasaran wang antara bank di Malaysia. Ia adalah kadar pinjaman antara bank dan juga kadar faedah yang akan dikenakan oleh bank apabila memberi pinjaman kepada bank lain. Oleh sebab ini, KLIBOR akan membentuk sebahagian besar kos dana sesebuah bank. Jadi, ia berkemungkinan besar merupakan petunjuk yang lebih baik untuk mewakili kos dana sesebuah bank.
Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR
Pinjaman rumah 3-bulan KLIBOR telah diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada tahun 2008. Kebanyakan pinjaman rumah menggunakan BLR/BFR sebagai kadar rujukan, namun pinjaman rumah yang disebutkan di atas adalah menggunakan 3-bulan KLIBOR sebagai kadar rujukannya dalam penetapan kadar faedah pinjaman rumah.
Berdasarkan data sejarah dari 2008 sehingga 2013, 3-Bulan KLIBOR sentiasa lebih rendah daripada BLR (walaupun ini tidak semestinya sentiasa berlaku). Tambahan pula, BLR dan KLIBOR mempunyai hubungan positif yang kuat. Ini bermakna BLR berkemungkinan besar untuk  bergerak sejajar apabila KLIBOR meningkat/menurun, walaupun magnitud peningkatan dan penurunan berbeza.
Selain itu, pinjaman rumah 3-bulan KLIBOR juga mempunyai beberapa ciri yang unik.
i) Kadar Faedah
Seperti pakej pinjaman rumah lain yang menggunakan kadar terapung, kadar faedah berkesan adalah berdasarkan kadah rujukan (kadar 3-Bulan KLIBOR) DITAMBAH dengan “agihan” yang tetap.
Cth. KLIBOR (3.31%) + 1.10% = 4.41% p.a.
Sebaliknya, pakej pinjaman rumah yang berdasarkan BLR/BFR adalah berdasarkan kadar rujukan DITOLAK dengan “agihan”.
Cth. BLR (6.6%) - 2.2% = 4.4% p.a.
ii) Semakan dan Kemaskini Kadar Faedah pada Setiap Tiga Bulan
Bagi Pinjaman Rumah BLR, kadar BLR di bank boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis, manakala kadar bagi Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR akan disemak semula pada setiap 3 bulan. Ini adalah perbezaan utama bagi kedua-dua pinjaman ini. Oleh sebab ini, pakej pinjaman rumah yang berdasarkan BLR akan turun naik pada bila-bila masa, manakala bagi Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR, kadar faedahnya paling banyak hanya akan berubah pada setiap 3 bulan.
Dari segi operasi, kadar KLIBOR pada hari perniagaan sebelum tarikh pembayaran pinjaman pertama akan digunakan, dan diperbahurui pada setiap 3 bulan selepas itu.

Kesimpulan

Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR adalah pilihan baru untuk pinjaman rumah. Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan pakej pinjaman ini apabila membandingkan pakej-pakej pinjaman rumah. Kini (Tarikh menulis ialah Mar, 2014), hanya dua bank menyediakan Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR:
a) Standard Charted    – Standard Charted Mortgage KLIBOR
b) Hong Leong Bank  – Hong Leong Mortgage KLIBOR
Credited to loanstreet.com.my

No comments:

Post a Comment