Assalamualaikum.
MEMBELI harta khususnya
untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa,
tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi
jika membeli hartanah sebagai pelaburan untuk masa depan. Dalam gaya hidup urban hari ini, orang muda acapkali mengabaikan kepentingan memiliki rumah walhal ia adalah pelaburan yang tidak akan merugikan.
Gaya hidup kurang bijak
Jika pemuda-pemudi bersikap sebaliknya iaitu melabur pada hartanah, ia mungkin satu tindakan paling bijak kerana ia bukan sahaja boleh di jadikan kediaman, malah pelaburan pada hartanah juga boleh menjana pendapatan yang lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun.
Jika anda membeli sebuah kereta mewah, nilainya susut 50 peratus selepas lima hingga tujuh tahun. Berbeza bagi rumah, nilainya boleh meningkat 50 peratus dalam tempoh masa yang sama. Malah jika anda memilih lokasi yang strategik, kemungkinan nilai bertambah pada 200 hingga 400 peratus.
Memilih hartanah
Jika seseorang itu mahu membeli hartanah untuk kediaman, mereka harus memilih lokasi dan rumah yang sesuai dengan gaya kehidupan mereka. Pembeli boleh memilih apa juga jenis rumah yang sesuai dengan kehendak dan lokasi sama ada lokasi yang sibuk, aman, lengkap dengan fasiliti atau gabungannya. Namun, jika pembeli mahu membeli harta untuk tujuan pelaburan atau kediaman sementara dan menjual semula, maka terdapat pelbagai elemen yang perlu dititikberatkan.
Amnya, pembelian hartanah membabitkan empat individu iaitu agen rumah, pihak bank, peguam dan jurunilai. Kesemua empat orang ini mempunyai kepentingan berbentuk komersial ke atas hartanah yang dijual. Tetapi pembeli kerap tidak mempedulikan perunding hartanah yang walaupun bukan orang berkepentingan tetapi boleh menasihati pembeli tentang prospek masa depan lokasi dan nilai bangunan yang dilabur.
Tip membeli rumah
Setiap hartanah yang dibeli harus memenuhi beberapa kriteria dari aspek pelaburan. Sebelum memilih sebuah rumah, aspek cantik atau tidak bukan keutamaan. Ada beberapa perkara lain yang harus diberi penekanan.
Aliran tunai yang positif bermakna rumah itu mempunyai nilai tinggi dan tidak akan memberi kesan negatif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak seimbang.
Contohnya, wang tunai dalam bank boleh susut nilai akibat inflasi dan sebagainya akibat ketidakseimbangan ekonomi manakala, membeli hartanah dengan nilai aliran tunai positif masih boleh menggandakan harga rumah.
No comments:
Post a Comment