Monday, August 11, 2014

TIPS KAWAL PENDAPATAN DAN HUTANG

Assalamualaikum.

Tips kawal pendapatan dan hutang :

1-MEMINJAM SECARA BERHEMAT

Jangan meminjam lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan pendapatan anda. Jika anda mengira
tahap kemampuan kewangan anda, jangan lupa untuk menyertakan kos-kos tambahan yang mungkin ada.
Contohnya jika anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak,
bayaran tol dan penyelenggaraan.

2- URUS KAD KREDIT DENGAN BIJAK

Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj faedah kad kredit
selalunya lebih tinggi berbanding jenis-jenis pinjaman lain.

3- KURANGKAN HUTANG ANDA

Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk mengurangkan caj faedah.

4- GUNAKAN KAEDAH PEMBAYARAN BIL SECARA AUTOMATIK

Cari kemudahan pembayaran automatik agar bil anda sentiasa dibayar tepat pada waktunya.

5- BUAT BELANJAWAN
Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.

6- MULAKAN SIMPANAN

Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian
kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung
hidup anda jika anda kehilangan kerja.




Credited to DSR

No comments:

Post a Comment