Sunday, November 9, 2014

===========================================
Pendidikan Kewangan vs Pendidikan Emosi Kewangan
===========================================
Jarang sekali pendidikan kewangan sama ada melalui buku atau seminar menekankan kepentingan kawalan EMOSI dalam pengurusan kewangan peribadi. Yang biasa ditekankan adalah kawalan emosi di dalam pelaburan terutamanya pelaburan saham.

Melalui pengalaman dan pandangan peribadi, pendidikan emosi kewangan peribadi jauh lebih sukar untuk dipelajari dan dipraktik. Ianya juga jarang ditekankan.

Ramai yang tahu akan keburukan menggunakan kad kredit secara tidak berhemah, tetapi memberi pelbagai alasan untuk menangguh atau tidak membuat pembayaran penuh.

Ramai yang tahu, duit yang diperolehi perlu ada pembahagian untuk simpanan, tetapi masih juga menghabiskan setiap sen yang ada.

Ramai yang tahu hidup perlu di bawah keupayaan sebenar, tetapi memberi pelbagai alasan untuk berbelanja barang-barang kehendak melebihi batas berbanding keperluan.

Ramai yang tahu akan kepentingan merancang hari persaraan, tetapi masih menangguh untuk merancang dan bertindak.

Ramai yang tahu hidup usah ditekan oleh orang di sekeliling, tetapi masih berusaha berbelanja untuk menunjuk-nunjuk yang AKU LEBIH KAYA DARI KAU.

Senarai ini boleh diteruskan berjela-jela panjangnya.

Jika ada individu datang kepada saya bagi menyelesaikan hutang kad kredit atau kewangan peribadi, jawapan saya, BUNUHLAH EMOSI BERBELANJA YANG BUKAN-BUKAN terlebih dahulu. Tidak perlu diterangkan mengenai kaedah 'snowball' atau 'avalanche' selagi belum membunuh emosi berbelanja yang bukan-bukan


Sifu Azri

No comments:

Post a Comment