credited to: http://huzaifahproperty.blogspot.com/2013/02/mengapa-melabur-di-pasaran-hartanah.html
Salam dan Selamat Malam diucapkan
"Mengapa Melabur di Pasaran Hartanah" adalah post saya yang pertama di dalam blog ini. Mudah -mudahan dapat membuka MINDA dan HATI anda untuk memulakan PELABURAN HARTANAH sekarang.
Pelaburan Hartanah sebenarnya mampu membantu anda menjana Wang yang sangat lumayan sekiranya anda mempelajari "TEKNIK" melabur yang betul dan berkesan. Contohnya : Anda sekarang bekerja sebagai seorang kakitangan Awam atau anggota beruniform. katalah anda seorang askar yang akan pencen awal pada umur sekitar 40-an. Anda merancang untuk membuat sebuah rumah selepas anda bersara dan menggunakan Wang simpanan KWSP atau lain-lain tabungan yang anda ada semasa anda di dalam perkhidmatan. Anda rasa berapakah "amount" yang anda akan perolehi semasa anda di dalam perkhidmatan tersebut. katalah RM100,000.00. yang anda akan terima. Adakah jumlah ini mencukupi untuk anda membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah idaman? Sekiranya anda memperolehi RM200,000.00 adakah masih mencukupi, seterusnya jika anda menerima RM300,000.00 mungkin agak mencukupi tetapi berapa ramai yang mampu memperolehi amount ini selepas bersara. Selepas ditolak sekian pinjaman yang dipohon sepanjang anda di dalam perkhidmatan sudah pasti angka yang anda akan terima semasa menamatkan perkhidmatan juga turut berkurangan.
Saya kongsikan satu TIP untuk anda di sini. Andaikan anda akan pencen lagi 5 tahun. Anda mula membeli sebuah apartment 3r 2r berharga berkeluasan RM60k. Anda perlu sediakan deposit sebanyak 6k dan lagi 3k untuk bayaran yuran guaman. Ditambah 1k lagi untuk lain-lain perbelanjaan seperti yuran jurunilai dan sebagainya... anda perlu mengeluarkan kira-kira 10k untuk modal awal. Sewa yang anda perolehi dalam RM500pm. Andaikan USIA anda pada masa ini adalah 35tahun dan boleh mohon pembiyaan pinjaman sehingga berumur 70tahun dan anda mohon pinjaman 90% @ 54k sehingga 35tahun dengan kadar faedah kira-kira BLR - 2.1 %. Anda perlu membayar pinjaman bulanan kira-kira 300 sebulan. Ini bermakna anda akan memperolehi positive CASHFLOW sebagai RM200.00 sebulan untuk sebiji rumah. Saya cadangkan anda membeli sebiji rumah lagi menggunakan Nama isteri dan anda akan memperolehi POSITIF CASHFLOW lagi RM200.00.
Saya cadangkan anda membeli sehingga rumah yang ke-4 dan masih memperolehi pembiyaan sehingga 90% daripada harga belian. Rumah sebanyak 4 buah ini anda Akan simpanan sehingga tahun ke 5 dan seterusnya. Saya menjangkakan dengan membuat PELABURAN di LOKASI dan factor MASA yang tepat. Anda mampu menjana keuntungan BERSIH sebagai RM150k bagi seunit rumah. Ini bermakna anda mampu memperolehi Wang sebanyak kira-kira RM600k semasa anda s telah bersara diemudian hari. Turut dicampur ialah Wang caruman KWSP anda kira-Kia RM100k. Ini bermakna anda akan memperolehi jumlah Wang didalam tangan sebanyak kira RM700k dan yang best tentu banyak perkara yang berfaedah yang boleh dilakukan dengan Wang sebulan ini. Pokoknya anda perlu "BIJAK MERANCANG"
Lain- lain TIPS yang akan saya kongsikan di dalam laman blog ini diantara nya adalah seperti berikut:
A) Bagaimana dengan melabur di dalam ASET boleh membiayaai Kereta anda... Fuhh tentu bestkan jika Kereta anda ada yang tolong membayarnya.
B) Bagaimana tanpa MODAL membolehkan anda mampu menjana pendapatan sebanyak kira-kira RM10k sebulan.
C) Bagaiaman memperolehi sebanyak RM500k setahun pada setiap tahun apabila anda melabur didalam HARTANAH.
Seterusnya saya akan update status terbaru berkaitan HARTANAH untuk di kongsikan dengan anda Dari masa kesemasa. Semoga " orang kita" Terus Maju dan berjaya. Aminnn.
No comments:
Post a Comment