Assalamualaikum.
HARGA rumah di bandar
raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung
di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga
RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5
juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga
RM500,000.
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu
milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira
RM6,000 sebulan.
Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
Tinjauan di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga
rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah
harga RM460,000. Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang
RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang
RM335,000 (24x75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan
berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman
dan tempat letak kereta yang mesra pengguna. Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.
No comments:
Post a Comment