Tuesday, December 9, 2014

Penjelasan Pinjaman Rumah KLIBOR

Apabila sebut tentang pinjaman rumah, kebanyakan orang hanya tahu pinjaman rumah yang disandarkan dengan BLR dan BFR/IFR (Pinjaman Rumah Jenis Islam). Namun, terdapat beberapa jenis pilihan pinjaman rumah yang lain. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan anda salah satu pilihan alternatif ini – Pinjaman Rumah KLIBOR.

Apakah KLIBOR?

Kuala Lumpur Interbank Offer Rate (KLIBOR) telah diperkenalkan pada Jun 1987 sebagai penunjuk rasmi  untuk pasaran wang antara bank di Malaysia. Ia adalah kadar pinjaman antara bank dan juga kadar faedah yang akan dikenakan oleh bank apabila memberi pinjaman kepada bank lain. Oleh sebab ini, KLIBOR akan membentuk sebahagian besar kos dana sesebuah bank. Jadi, ia berkemungkinan besar merupakan petunjuk yang lebih baik untuk mewakili kos dana sesebuah bank.
Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR
Pinjaman rumah 3-bulan KLIBOR telah diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada tahun 2008. Kebanyakan pinjaman rumah menggunakan BLR/BFR sebagai kadar rujukan, namun pinjaman rumah yang disebutkan di atas adalah menggunakan 3-bulan KLIBOR sebagai kadar rujukannya dalam penetapan kadar faedah pinjaman rumah.
Berdasarkan data sejarah dari 2008 sehingga 2013, 3-Bulan KLIBOR sentiasa lebih rendah daripada BLR (walaupun ini tidak semestinya sentiasa berlaku). Tambahan pula, BLR dan KLIBOR mempunyai hubungan positif yang kuat. Ini bermakna BLR berkemungkinan besar untuk  bergerak sejajar apabila KLIBOR meningkat/menurun, walaupun magnitud peningkatan dan penurunan berbeza.
Selain itu, pinjaman rumah 3-bulan KLIBOR juga mempunyai beberapa ciri yang unik.
i) Kadar Faedah
Seperti pakej pinjaman rumah lain yang menggunakan kadar terapung, kadar faedah berkesan adalah berdasarkan kadah rujukan (kadar 3-Bulan KLIBOR) DITAMBAH dengan “agihan” yang tetap.
Cth. KLIBOR (3.31%) + 1.10% = 4.41% p.a.
Sebaliknya, pakej pinjaman rumah yang berdasarkan BLR/BFR adalah berdasarkan kadar rujukan DITOLAK dengan “agihan”.
Cth. BLR (6.6%) - 2.2% = 4.4% p.a.
ii) Semakan dan Kemaskini Kadar Faedah pada Setiap Tiga Bulan
Bagi Pinjaman Rumah BLR, kadar BLR di bank boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis, manakala kadar bagi Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR akan disemak semula pada setiap 3 bulan. Ini adalah perbezaan utama bagi kedua-dua pinjaman ini. Oleh sebab ini, pakej pinjaman rumah yang berdasarkan BLR akan turun naik pada bila-bila masa, manakala bagi Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR, kadar faedahnya paling banyak hanya akan berubah pada setiap 3 bulan.
Dari segi operasi, kadar KLIBOR pada hari perniagaan sebelum tarikh pembayaran pinjaman pertama akan digunakan, dan diperbahurui pada setiap 3 bulan selepas itu.

Kesimpulan

Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR adalah pilihan baru untuk pinjaman rumah. Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan pakej pinjaman ini apabila membandingkan pakej-pakej pinjaman rumah. Kini (Tarikh menulis ialah Mar, 2014), hanya dua bank menyediakan Pinjaman Rumah 3-Bulan KLIBOR:
a) Standard Charted    – Standard Charted Mortgage KLIBOR
b) Hong Leong Bank  – Hong Leong Mortgage KLIBOR
Credited to loanstreet.com.my

Tuesday, November 18, 2014

Ilmu Pengurusan Emosi Kewangan

Ilmu Pengurusan Emosi Kewangan


- Hukum Melengahkan -


Melengahkan atau procrastination memang tidak baik, tetapi ianya boleh diamalkan di dalam pengurusan emosi kewangan.


Jika ingin membeli sesuatu, sebagai contoh ingin membeli Iphone 5S baru. Lengahkan pembelian sekurang-kurangya 72 jam sejak dari mula niat ingin membeli serta jika masih tidak dapat dikawal dan telah pergi ke kedai untuk melihat, lengahkan lagi 72 jam.


Di dalam tempoh 'bertenang' ini, fikir kembali rasional pembelian. Sama ada ianya benar-benar perlu atau kehendak semata-mata. Semak sama ada bajet mencukupi atau perlu menggunakan kad kredit.


Di dalam tempoh ini, jangan sesekali menambah 'booster' dengan melayari internet ataupun membaca mengenai Iphone 5S. Ini akan menyebabkan minda akan memberi justifikasi palsu bahawa ianya adalah pembelian yang perlu.


Jika setelah tempoh bertenang dan perkiraan yang sewajar dan sedalam-dalamnya telah dibuat, teruskan pembelian.

 ------------------------------------


Tuan/puan perlu juga menetapkan kriteria hukum melengahkan ini.
Sebagai contoh:


1. Pembelian bawah RM100, tidak perlu hukum melengahkan.
2. Pembelian antara RM100 - RM500, lengahkan 48 jam.
3. Pembelian antara RM500 - RM1000, lengahkan 72 jam & rujuk accountability partner.
4. Pembelian melebihi RM1000, lengahkan 3 bulan & rujuk accountability partner.
5. Pembelian melebihi RM 5000, lengahkan 6 bulan & rujuk accountability partner.


Ianya terkecuali untuk pembelian item keperluan hidup, kecemasan, ilmu dan pembelian aset.
Cara ini dapat mengelakkan daripada terjebak di dalam impulse purchase dan pertimbangan yang sewajarnya dapat dibuat.


Sumber : Tuan Azri

Sunday, November 9, 2014

===========================================
Pendidikan Kewangan vs Pendidikan Emosi Kewangan
===========================================
Jarang sekali pendidikan kewangan sama ada melalui buku atau seminar menekankan kepentingan kawalan EMOSI dalam pengurusan kewangan peribadi. Yang biasa ditekankan adalah kawalan emosi di dalam pelaburan terutamanya pelaburan saham.

Melalui pengalaman dan pandangan peribadi, pendidikan emosi kewangan peribadi jauh lebih sukar untuk dipelajari dan dipraktik. Ianya juga jarang ditekankan.

Ramai yang tahu akan keburukan menggunakan kad kredit secara tidak berhemah, tetapi memberi pelbagai alasan untuk menangguh atau tidak membuat pembayaran penuh.

Ramai yang tahu, duit yang diperolehi perlu ada pembahagian untuk simpanan, tetapi masih juga menghabiskan setiap sen yang ada.

Ramai yang tahu hidup perlu di bawah keupayaan sebenar, tetapi memberi pelbagai alasan untuk berbelanja barang-barang kehendak melebihi batas berbanding keperluan.

Ramai yang tahu akan kepentingan merancang hari persaraan, tetapi masih menangguh untuk merancang dan bertindak.

Ramai yang tahu hidup usah ditekan oleh orang di sekeliling, tetapi masih berusaha berbelanja untuk menunjuk-nunjuk yang AKU LEBIH KAYA DARI KAU.

Senarai ini boleh diteruskan berjela-jela panjangnya.

Jika ada individu datang kepada saya bagi menyelesaikan hutang kad kredit atau kewangan peribadi, jawapan saya, BUNUHLAH EMOSI BERBELANJA YANG BUKAN-BUKAN terlebih dahulu. Tidak perlu diterangkan mengenai kaedah 'snowball' atau 'avalanche' selagi belum membunuh emosi berbelanja yang bukan-bukan


Sifu Azri

Thursday, November 6, 2014

Debt Burden Ratio

Apakah Debt Burden Ratio (DBR) atau juga dikenali oleh sesetengah bank sebagai Debt Service Ratio (DSR) ? Istilah ini mungkin terlalu janggal dan pelik dan tidak pernah didengar oleh ramai daripada orang awam yang tidak bekerja di bank. :)

Definisi DBR ialah

The debt burden ratio is defined as your debt burden divided by your after-tax income. If the total monthly debt payments are $2,500 and your take-home, after-tax pay is $5,000 per month, your debt burden ratio is 0.5, which, expressed in percentage terms, is 50 percent. The higher the debt burden ratio, the less of your income is “disposable,” or available to spend as you wish. In the prior example, only half of your income is under your control, while the other half must go to mandatory payments.

Ringkasnya, DBR ialah total komitmen anda dibahagi dengan jumlah income bulanan anda. Semakin tinggi ratio DBR, maka semakin tinggi komitmen anda. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapakah Margin of Financing yg anda layak. Pengiraan DBR bagi setiap bank adalah berlainan dan tidak ada standard khusus bagi tujuan pengiraan DBR ini, namun secara prinsipnya adalah sama.

Sebagai contoh, bagi Hong Leong Bank, DBR for application adalah 33%. Maksudnya di sini, sekiranya gaji anda adalah RM3,000, perlu dipastikan bahawa monthly installment anda adalah RM1,000 sahaja maximum. (di sini faktor umur, loan tenure, margin of financing dll akan diambil kira untuk menjadikan mthly payment hanya RM1,000)
Namun, pihak bank juga mengambil kira Global DBR (komitmen bulanan anda di bank2 lain juga diambil kira). Contohnya di HLB, Global DBR adalah 75%. Maksudnya di sini, sekiranya gaji anda RM3,000, maka total komitmen anda termasuk loan application yg baru itu tidak boleh melebihi RM2,250 (75% dari RM3,000).

example:
Gaji RM3,000
Bayaran bulanan kereta: RM600
Bayaran bulanan rumah pertama: RM400
Bayaran bulanan utk loan yg akan dibuat (rumah ke-2): RM1200
Jadi, (600 + 400 + 1200) / 3000 = 73%

Pengiraan DBR ini amat penting kerana sesetengah bank meletakkan ceiling total komitmen pada kadar yg rendah, sekitar 40% ke 50%. Sebab itulah kadang2 bank akan memberikan alasan “high komitmen” utk reject loan application anda. Namun, jika anda mempunyai dokumen sokongan yg lain seperti ASB, Akaun Tabung Haji, Fixed Deposit, Tenancy Agreement dll yg boleh menunjukkan anda mempunyai simpanan/income tambahan, kebiasaannya, pihak bank akan mengambil kira faktor tersebut utk meluluskan loan application anda.


==========================================
BUKAN SEMUA ORANG NAK DUDUK RUMAH BESAR
==========================================

Memang impian ramai orang untuk memiliki dan mendiami rumah yang besar dan selesa.

Tapi saya ada 3 cerita yang mana pemilik rumah besar membatalkan hasrat untuk menduduki rumah besar mereka walaupun mereka sangat mampu.

-----------
KISAH 1
-----------

Seorang rakan saya ni mempunyai beberapa cabang perniagaan. Salah satu kedai beliau terletak di Plaza Masalam.

Saat saya mengenali beliau 5 tahun lepas, beliau seorang bujang yang tinggal bersama ibu bapa beliau.

Kata beliau,dulu mereka sekeluarga menyewa sebuah banglo besar.Memang seronok menduduki rumah besar katanya sebab segala ruang besar.

Namun, 6 bulan selepas itu mereka membuat keputusan untuk berpindah keluar daripada banglo tersebut.

Saya tanya, "Eh, kenapa pula.Kan best duduk rumah besar-besar ni?"

Jawab beliau, " Yer, mula-mula memang best. Tapi lama-lama jadi tak best.Rumah sangat besar tapi keluarga saya kecil, adik beradik 2 orang jer.Bila saya di tingkat atas, adik sorang kat tingkat bawah.Lepas tu,Bila saya kat tingkat bawah, dia pulak kat tingkat atas. Lama-lama, tak bersua muka adik-beradik walaupun duduk dalam satu rumah."

Laaa.....pulak dah.

" Finally, kami move out then sewa kondominium yang saiz 1200 kps je. Setiap masa bersua muka dalam rumah...heheh"

-----------
KISAH 2
-----------

Seorang rakan meminta saya menjualkan rumah banglo bapanya yang sedang dalam pembinaan. Lebih kurang 50% sedang dalam pembinaan.

Saya tanya, " Eh..kenapa nak jual pulak?..Belum siap tapi mau jual? Pelik lah."

Balas beliau, "Ada sebab lah nak jual"

"Apa sebabnya?"

Sambung beliau," You nak tau tak, dalam hidup kita ni, wang bukannya ukuran.Yang penting, bagaimana kita melayari kehidupan bersama kelarga."

Kata beliau lagi, " Buat apa rumah besar-besar, tapi akhirnya mak dan ayah i duduk berdua jer. Anak-anak yang dah berkahwin dah duduk sendiri kat negeri lain, yang sorang lagi kerja oversea, yang sorang lagi belajar kat asrama. Akhirnya, yang tinggal, mak ayah i jer berdua dalam rumah besar tu. Dah tu, mana lah dorang larat nak kemas rumah dan halaman."

Hurmmmm...macam tu pulak dah.

"So,dorang decide nak jual banglo tu then pusing dunia sebelum dorang 'menutup mata'."

Nasihat beliau lagi, " kalau u nak beli rumah nanti, setakat 4 bilik saiz less than 2000kps pun dah cukup. Takyah banglo bagai.Anak-anak dah besar dorang tak duduk dengan kita pun...."

-----------
KISAH 3
-----------

Beliau seorang rakan yang lebih muda daripada saya. Gaya seorang anak KL.

Saya tanya beliau samada berminat tak nak beli teres di kawasan Selayang (pada masa itu, rata-rata rumah teres unit tengah boleh beli dengan harga tak sampai RM250,000).Namun, dia tak berminat.

Kata beliau, " Memang budaya kita suka rumah landed.Tapi aku tak minat lah."

Saya mencelah, "Eh memanglah, senang nak parking kereta. Kalau keluarga ramai2 datang pun senang."

Jawab beliau, "Memang betul.Tapi berapa kali je dorang datang rumah kita dalam setahun. Aku perefer duduk kondominium.Sebabnya, hidup lebih terurus. Sampah tak beselerak sana-sini mcm duduk apartment/flat. Petang atau malam lepas balik kerja, aku boleh pergi gymnasium atau berenang kat swimming pool.Lepas tu, takdelah makcik-makcik berkumpul petang-petang mengumpat sana, mengumpat sini perihal org-orang yang duduk kat taman teres tu!"

Hahaha....tu diaaa, gaya anak muda KL memilih kediaman...










Credited to Tuan Jusni